"Pengumuman Penting Kepada Pelajar-pelajar FK Trisakti
Berhubung dengan penukaran siklus modul-modul PPHB baru-baru ini, pihak kampus memaklumkan bahawa perubahan tarikh (periode) tidak berlaku, sebaliknya hanya perubahan siklus-siklus sahaja yg terjadi. Mereka juga memberikan jaminan bahawa tiada perubahan tarikh PPHB pada masa-masa akan datang. Namun, perubahan silus-siklus adalah sesuatu hal yang sukar dijangkakan. Pihak kampus terpaksa mengubah susunan siklus baru-baru ini untuk memberikan laluan kepada pelajar-pelajar 2005 yg masih berhalangan untuk menyelesaikan 30 modul sebelum Ujian SOCA. Dalam hal ini, pihak kampus terpaksa memberikan pertimbangan kepada perkara yang lebih penting iaitu memastikan bahawa pelajar-pelajar 2005 dapat menyelesaikan 30 modul secepatnya.
Justeru, para pelajar yg mahu mengikuti PPHB sebaiknya bersiap sedia dengan perubahan siklus-siklus dan mestilah merancang untuk pulang ke Malaysia di luar daripada tarikh PPHB. Atau jangan mengambil PPHB dengan cara memastikan IPS saudara/ri cukup baik.
Selain itu, pihak kampus juga mengizinkan kepada mana-mana pelajar yg terpaksa 'extend' satu modul atau dua dan seterusnya, untuk mengulang mana-mana modul sewaktu semester panjang berlangsung. Hal ini kerana, pihak JPA dan MARA membayar yuran pengajian mengikut semester tanpa mengira adakah pelajar mengambil 5 modul atau 1 modul sahaja dalam semester panjang. Oleh itu, adalah lebih baik bagi pelajar untuk mengulang mana-mana modul yg dirasakan belum mencapai hasil yg cemerlang.
Pihak JPA juga akan membayar elaun sara hidup selama pelajar berkenaan mengambil modul-modul (walaupun ulangan). Namun, sekiranya pelajar berkenaan tidak mahu mengulang modul-modul, pelajar perlulah aktif di kampus dengan cara mengadakan research, attachment atau sebagainya dengan bimbingan dosen. Hal ini bagi membolehkan pelajar tetap menerima elaun sara hidup. Sekiranya pelajar memilih untuk pulang ke Malaysia (atas sebarang alasan) atau tinggal di Jakarta namun tidak aktif (menganggur), JPA tidak akan memberikan elaun sara hidup. Perancangan (sama ada untuk mengulang modul/ membuat research dsb) perlulah dimaklumkan kepada En Jazman bagi membolehkan beliau meluluskan elaun sara hidup. Terima kasih
Makluman ini adalah berdasarkan arahan En Jazman setelah berbincang dengan Dr Supriastuti, Wadek 1.
Disediakan oleh :
Nabieh Abqory
26 Februari 2009
Masalah yang berlaku di trisakti adalah sama-sama masalah yg harus kita tangani bersama dengan sikap profesional.
Adalah wajar sekiranya masalah ini diketengahkan kepada pihak berwajib dan mereka2 yg mewakili pelajar duduk semeja bagi menyuarakan suara pelajar.
1.Masalah elaun bagi yg extend:
Kalau mengikut perjanjian asal ,JPA dan Mara akan menanggung segala kos pembelajaran selama 6 tahun.
Katakan sekiranya hanya 1 modul yg diambil oleh pelajar,dan selebihnya mungkin pelajar mahu melakukan attachment di hospital Malaysia (amatlah sulit utk wat attachment kat indon spt yg mudah diperkatakan) ;maka kos untuk membayar sewa rumah/kamar masih lagi terpaksa ditanggung oleh pelajar (600k-1juta perbulan) ,mahu tidak mahu pelajar terpaksa mengambil penuh matapelajaran utk semester tmbhn itu.Amatlah dikesalkan kerana sebaliknya berlaku di pelajar di Negara2 lain (eg.UK ,Ireland) yg masih mendapat elaun (yg smmgnya byk) walaupun mereka melancong ke sana sini ketika cuti musim panas. Isu elaun tidak akan diberi kepada pelajar yg pulang amat ditekankan kpd pelajar Malaysia di Negara ini.
2.Masalah stagnant
Trisakti seolah2 melengahkan2 waktu wisuda ;walaupun isu ini sudah berkali diutarakan kepada pihak atasan namun masalah tetap timbul dan bertambah parah dengan masalah posting para co-ass (04) dan bakal co-ass (05) .masalah ini pasti akan bertambah parah dari tahun ke tahun sekiranya tidak teratasi dgn tuntas.
3.Masalah pertukaran subjek SP per siklus yang mendadak.
Amatlah dikesalkan kerana keputusan mendadak yg dilakukan oleh trisakti baru2 ini amat menyusahkan byk pelajar ,terutama pelajar Malaysia yg kdg sudah awal2 merancang dgn modul2 yg akan diambil ulang.
Malang bagi yg "bentrok" semua modul dalam satu siklus,namun malang lagi bagi yg terpaksa extend semester kerana masalah pertukaran subjek/siklus itu.Memanglah tujuan utama demi menyelamatkan pelajar 05 yg nak SOCA ,namun masalah sama pasti akan berulang lagi tahun hadapan.seharusnya langkah bijak harus diambil dgn mengumumkan dgn lebih awl atau mengadakan kelas khusus untuk mereka yg extend.
Trisakti seharusnya membuat pengumaman di audio,mahupun secara bertulis di papan2 pengumuman utama dengan lebih awal bg memudahkan perancangan pelajaran pelajar.
Pengumuman pertukaran subjek siklus hanya dilakukan 2 hari sebelum pendaftaran SP.
Trisakti oh trisakti
Apa komen anda?