Rabu, 15 Oktober 2008

Pondok hari2 pakai minyak babi????



Soal pemakanan sering menjadi topik bagi mahasiswa dan mahasiswi yang berada di perantauan. Para pelajar Malaysia di Indonesia khususnya di jakarta turut mengambil berat tentang soal tersebut. Baru-baru ini terdengar desas-desus yang kurang enak mengenai sebuah kedai makan yang berhampiran dengan fakultas kedokteran trisakti (kampus B) iaitu Pondok Hari-hari. Kedai makan tersebut telah didakwa menggunakan bahan-bahan yang tidak halal dalam penyediaan menu harian. Perkara ini telah menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu di kalangan pelajar yang selalu menjamu selera di kedai makan tersebut. Beberapa orang pelajar yang ikhlas ingin menguraikan kekusutan ini telah berkunjung ke kedai makan tersebut. Hasil dari tinjauan dan pemeriksaan mereka,ternyata sekali desas-desus tersebut TIDAK BENAR. Makanan dan minuman di kedai tersebut adalah HALAL. Hal ini sekaligus menyelesaikan misterius yang bermain di benak pemikiran bakal-bakal doktor yang mengutamakan halal haram sesuatu makanan dan minuman.Sebarang kemusykilan dan pertanyaan dialu-alukan di blog ini. Wssalam...

Tidak ada komentar: