Kamis, 09 Oktober 2008

Sambutan Aidilfitri di Indonesia


Pada 1 Syawal kelmarin (Rabu 1 Oct) telah diadakan majlis sambutan Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Indonesia. Majlis tersebut bermula dengan solat sunat aidilfitri dan berakhir dengan acara jamuan. Kebanyakan pelajar yang menghadiri adalah dari kalangan junior 08 dari beberapa universitas di Indonesia antaranya Universitas Trisakti, Ukrida, Bandung, UI dan UIN. Selain Kedutaan Malaysia, rumah2 pegawai kedutaan juga telah 'diserang' pelajar antaranya rumah En. Rosli (pegawai pendidikan di Indonesia), En. Jazman (pegawai JPA di Indonesia), En. Jusoh (pegawai MARA di Indonesia) dan Dr. Junaidi (Pengarah kedutaan Malaysia di Indonesia).
Selain itu, pada 4 Syawal (Sabtu 4 Oct) pelajar2 08 Trisakti juga telah mengadakan sambutan Aidilfitri sesama angkatan mereka yang bertempat di Tawakal jam 8pm. Program2 yang di isi pada malam tersebut antara lain adalah sesi karaoke, sesi brtukar2 hadiah, dan sesi perlantikan ketua dan esco bagi batch Trisakti 08. Antara tetamu yang di jemput adalah pelajar2 senior trisakti yang tidak pulang ke Malaysia. Tahniah di ucapkan kepada pelajar2 Trisakti batch 08 kerana telah berjaya menjalankan suatu usaha yang dapat merapatkan silaturrahim antara sesama pelajar.

Tidak ada komentar: